Setulus Kaseh Charity Dinner with Maher Zain



Setulus Kaseh Charity Dinner with Maher Zain brought to you by Muslim Aid Malaysia.This Charity Dinner is to benefit Rumah Titian Kaseh (RTK) = towards purchasing their own shelter home. Come join us for an evening of charity and entertainment.


______________________________________________________________________________________________________________



Penyanyi Maher Zain kembali ke Malaysia atas permintaan ramai. Kali ini beliau akan membuat persembahanan dalam Malam Amal Setulus Kaseh mulai 26, 27 dan 28 December 2010. Program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ. Bertempat di The Summit Hotel Subang, USJ Harga tiket bermula dari RM200 hingga RM1000

atau jika syarikat berminat untuk membeli meja,

PENJUALAN MEJA (TIKET) Meja Cinta = (1 Meja x RM10,000) Meja Kasih = (1 Meja x RM 5000) Meja Sayang = (1 Meja x RM 3000) Meja Rindu = (1 Meja x RM 2000) Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi : (Muslim Aid) 03-2288 1996

Objektif utama untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mendapatkan rumah baru. Dulu terdapat 2 buah rumah, namun 30 November lalu warga RTK terpaksa keluar dari rumah yang sudah 13 tahun didiami. Ramai yang simpati... tapi keadaan masih tidak berubah... Mereka sekarang terpaksa berhimpit tinggal di rumah yang satu lagi.

Kerana bebanan sewa yang semakin naik (dua kali ganda) memaksa warga RTK keluar dari rumah tersebut. Ramai anak mangsa dera, ibu tunggal (kerana keganasan rumahtangga) dan anak yatim telah mendapat perlindungan di sini.

Demi mencapai hasrat ini, RTK telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang dengan mengadakan jualan 3000 lot wakaf bagi mengumpul dana merealisasikan hasrat penghuninya memiliki rumah sendiri. Pelancaran Jualan Lot Wakaf tersebut telah dilancarkan pada bulan Julai lepas.

Justeru itu, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ akan menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembelian rumah dan perbelanjaan RTK. Semoga dengan penganjuran malam amal ini akan membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh RTK dalam menguruskan pengoperasian RTK.

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain ini diharap akan membuka peluang dan ruang kepada semua individu untuk sama-sama menyumbang di samping berhibur dengan irama-irama nasyid yang akan dibawakan oleh penyanyi Maher Zain.

credit: here

0 comments:

Post a Comment