Showing posts with label maher zain konsert. Show all posts
Showing posts with label maher zain konsert. Show all posts

Beli Tiket Maher Zain Live In Concert Secara Online


Venue           : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates            : 25th & 26th February 2011
Time             : 8pm onwards
Ticket Price  : RM 297.00
                      RM 253.00
                      RM 203.00
                      RM 103.00
                      RM 53.00

Penyanyi dan komposer antarabangsa; Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Kemunculan beliau dengan album pertamanya “Thank You Allah” mula meledakkan satu fenomena baru di dalam dunia hiburan khususnya di Malaysia sendiri.

Fenomena ini jelas ketara apabila kepulangan Maher Zain dari Malaysia ke Sweden turut diraikan dengan kejayaan beliau beroleh jumlah peminat di facebook seramai SEJUTA orang dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlah tersebut diraih sepanjang kedatangan beliau di Malaysia.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.
Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.

Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

P/S: Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket secara online bolehlah melawati laman sesawang ini.
P/S: Cara pembelian tiket secara online boleh rujuk di sini.

Maher Zain Live in Concert 2011


Maher Zain sekali lagi akan mengadakan 'live concert' kali kedua di Malaysia. Konsert ini susulan dari konsert pertamanya Showcase Maher Zain “Save The Soul” yang diadakan dengan penuh jayanya. Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 25-26 Febuari 2011 jam 8.30 malam. Konsert kali ini dibawakan bersama-sama beberapa artis Awakening Records seperti Mesut Kurtis, Irfan Maikki dan kumpulan nasyid dari Malaysia sendiri Inteam. Untuk maklumat lanjut sila layari Inteam untuk mengetahuiperkembangan dan teruskan mengikuti Maher Zain di Twitter dan Facebook dari semasa ke semasa untuk perkembangan konsert ini.Harga tiket dijual RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53 dan boleh membelinya secara online atau mendapatkannya di outlet tiket yang terpilih.

Official event page: here





P/S: Mungkin kali ini Maher Zain akan menyanyikan lagu Insha'Allah versi melayu? sama-sama kita nantikan.