Lirik Lagu Insya Allah (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan







DOWNLOAD
Maher Zain - Insha Allah (Malay Version).mp3

(Download) Maher Zain - Insha Allah (Versi Melayu)

Seperti yang diura-urakan oleh Maher Zain sendiri tentang rakaman lagu Insha Allah versi melayu, ternyata ia telah di perdengarkan kepada umum apabila admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) saudara Akhi Fairuz telah memuat naikkan video lagu berkenaan di Youtube. Untuk makluman semua, lagu Insha Allah versi melayu ini juga akan di nyanyikan oleh Maher Zain ketika di Maher Zain Live in Concert 2011.





DOWNLOAD
Maher Zain - Insha Allah (Malay Version).mp3

Outlets Pembelian Tiket Konsert Maher Zain

Dimana boleh mendapatkan :

www.tickethotline.com.my
Tel: +603-7725 1177 / +603-7725 1166

Tiket Outlet:
Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade

Kedudukan Tempat Berdasarkan Harga Tiket


25 February 2011 Layout
26 February 2011 Layout

Beli Tiket Maher Zain Live In Concert Secara Online


Venue           : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates            : 25th & 26th February 2011
Time             : 8pm onwards
Ticket Price  : RM 297.00
                      RM 253.00
                      RM 203.00
                      RM 103.00
                      RM 53.00

Penyanyi dan komposer antarabangsa; Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Kemunculan beliau dengan album pertamanya “Thank You Allah” mula meledakkan satu fenomena baru di dalam dunia hiburan khususnya di Malaysia sendiri.

Fenomena ini jelas ketara apabila kepulangan Maher Zain dari Malaysia ke Sweden turut diraikan dengan kejayaan beliau beroleh jumlah peminat di facebook seramai SEJUTA orang dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlah tersebut diraih sepanjang kedatangan beliau di Malaysia.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.
Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.

Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

P/S: Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket secara online bolehlah melawati laman sesawang ini.
P/S: Cara pembelian tiket secara online boleh rujuk di sini.

Maher Zain Live in Concert 2011


Maher Zain sekali lagi akan mengadakan 'live concert' kali kedua di Malaysia. Konsert ini susulan dari konsert pertamanya Showcase Maher Zain “Save The Soul” yang diadakan dengan penuh jayanya. Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 25-26 Febuari 2011 jam 8.30 malam. Konsert kali ini dibawakan bersama-sama beberapa artis Awakening Records seperti Mesut Kurtis, Irfan Maikki dan kumpulan nasyid dari Malaysia sendiri Inteam. Untuk maklumat lanjut sila layari Inteam untuk mengetahuiperkembangan dan teruskan mengikuti Maher Zain di Twitter dan Facebook dari semasa ke semasa untuk perkembangan konsert ini.Harga tiket dijual RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53 dan boleh membelinya secara online atau mendapatkannya di outlet tiket yang terpilih.

Official event page: here





P/S: Mungkin kali ini Maher Zain akan menyanyikan lagu Insha'Allah versi melayu? sama-sama kita nantikan.