Insha'Allah Versi Melayu


Seperti di ketahui umum, Maher Zain datang kali kedua dia Malaysia untuk menjayakan Malam Amal Setulus Kaseh Bersama Maher Zain program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ.

Dikesempatan beliau berada di Malaysia, Maher Zain sempat merakamkan di studio lagu popularnya Insha'Allah dalam bahasa melayu. Buat masa ini, lagu ini belum lagi di dengarkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan buah tangan terbaru lagu Insha'Allah dalam versi bahasa melayu oleh Maher Zain.

P/S: Maher Zain menganggap Malaysia seperti rumah keduanya kerana layanan dan sambutan orang Malaysia terhadapnya sungguh baik.

0 comments:

Post a Comment